JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata individu berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan polis Gerakan Am Batalion 5 Simpang Renggam pada 4.05 petang.
"Lelaki terbabit ditahan kerana memiliki pelbagai rokok tidak bercukai dan hasil tangkapan kita menemui 18 kotak rokok jenama John JDB, dua kotak Canyon Premium Merah dan sekotak Manchester Merah," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Beliau berkata turut dirampas sebuah motosikal dan kereta Proton Saga dengan keseluruhan rampasan termasuk rokok berjumlah RM108,000.
Bagaimanapun, Mohd Sohaimi berkata pihaknya masih menyiasat bagi mengetahui peranan lelaki itu dan dari mana rokok seludup terbabit diperoleh.
Menurutnya lelaki tersebut yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau, direman 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 05 2023
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 21 kotak rokok dipercayai diseludup bernilai RM84,000, dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Johor Jaya semalam. -Bernama
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Kastam Kelantan rampas rokok bernilai lebih RM700,000 termasuk cukai
Jabatan Kastam Kelantan merampas rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM749,760 termasuk cukai di pangkalan haram Kampung Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Kastam Pulau Pinang rampas rokok seludup bernilai RM7.92 juta
Kastam Pulau Pinang merampas sembilan juta batang rokok putih dianggarkan bernilai RM7.92 juta termasuk cukai.
JKDM tumpas sindiket penyeludupan, rampasan RM5.84 juta
JKDM Melaka menumpaskan enam kegiatan penyeludupan kereta mewah, minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan RM5.84 juta di Melaka dan Johor.
Kastam Perlis patahkan 286 aktiviti penyeludupan, nilai rampasan lebih RM5.98 juta tahun ini
Kastam Perlis berjaya mematahkan 286 aktiviti penyeludupan sepanjang tahun ini, membabitkan rampasan bernilai lebih RM5.98 juta.
Kastam Perak rampas rokok seludup bernilai RM2.1 juta
Abdul Ghafar berkata, ia adalah rampasan terbesar di Perak tahun ini, hasil risikan selama seminggu.
Sorok rokok seludup bernilai RM5.12 juta dalam rumah
Rampasan rokok putih terbesar di negeri ini hasil daripada Operasi Kontraban yang dijalankan sejak 10 November lalu di beberapa premis di sekitar George Town di sini.
PPM tahan lelaki bersama rokok seludup bernilai RM609,840
Polis berkata lelaki yang mempunyai satu rekod jenayah lampau itu direman hingga 10 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.
Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.
Kastam rampas rokok putih RM3.206 juta
Jabatan Kastam merampas 24,000 karton rokok seludup dengan anggaran cukai RM3.206 juta, yang merupakan rampasan terbesar di Pahang.
Kastam rampas rokok bernilai RM3.9 juta
JKDM merampas 2.91 juta batang rokok kretek dan rokok putih dianggar bernilai RM3.9 juta menerusi dua operasi berasingan pada 6 dan 12 Sept lepas.